Hada Labo

Hada Labo (肌ラボ, Hada Rabo, "Makmal Kulit") ialah jenama penjagaan kulit Jepun dibangunkan oleh Rohto Pharmaceutical. Jenama ini terkenal dengan produk asid hialuronik, dan menawarkan kantung mesra alam.[1][2] Produk utama mereka, Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion, merupakan losyen nombor satu di Jepun selama 7 tahun berturut-turut.[3]Dibezakan dari jenama Hada Labo, Hada Labo Tokyo dikilangkan oleh Mentholatum (anak syarikat Rohto) untuk pasaran Amerika, dengan rumusan, produk dan penjenamaan berbeza.[4][5][6]